Aku duduk rumah flat kt area Cheras.
Jumlah penduduk kat blok aku nie sahaja anggarannya sekitar 300 orang. Majoriti orang melayu. Beberapa keluarga Cina dan tiada yang berbangsa India. Orang Melayu kat sini kalau aku dengar dari bunyi percakapannya ramai orang utara. Kisahnya, dulu mereka nie duduk rumah setinggan. Jadi bila gomen datang ambik tanah, maka dibinakanlah mereka nie rumah flat. Ada 6 blok kesemuanya. Aku duduk kat blok A.
***
Walaupun flat nie di Kuala Lumpur, tapi orang kt flat nie mengamalkan cara hidup seperti di kampung. Mereka gemar bercucuk tanam, memelihara ayam dan aktiviti gotong royong majlis perkahwinan. Senang kata memang terasa seperti di kampung lah. Memang meriah, budak-budak ramai. Duduk di flat nie tak pernah sunyi. Dari bunyi budak menangis, parent terjerit-jerit panggil anak-anak, bunyi orang memasak, kalau yang bujang tue duk repair moto ngan keta. Nanti petang sket budak-budak dah balik sekolah, semakin meriahlah suasana flat nie.
***
Tapi...
Apa yang menyedihkan ialah...
Aku lihat ada ibu bapa yang tidak mengambil endah tentang pendidikan anak-anak mereka. Anak-anak dibiarkan berkeliaran bermain di kawasan flat sedangkan waktu itu rakan-rakan sebaya mereka semua berada di sekolah. Terdetik dalam hati, mengapa mereka biarkan anak-anak mereka tidak pergi ke sekolah. Pernah sesekali aku bertanya, "kenapa tak pergi sekolah hari nie?" dengan tanpa rasa bersalah mereka menjawab, "mama bangun lambat, tak kejut saya bangun tido".
***
Kadang-kadang terdetik hati saya untuk cepat-cepat pindah dari flat nie, tapi dalam masa yang sama terasa sayang melihat suasana meriah di sini. Tentunya tempat baru yang kami bakal pindah nanti tidak akan ada suasana seperti ini. Semua orang mengejar masa untuk mendapatkan wang. Sudah pasti kami sekeluarga akan merindui F L A T ini bila kami berpindah nanti.

No comments:
Post a Comment