Saturday, 12 October 2013

Penimbang Rosak

Ilustrasi : sumber dari http://www.flickr.com
Pn Isteri ada membeli penimbang berat badan. Biasalah...dalam nak mengurangkan jumlah obesiti di Malaysia yang dikatakan pembunuh no.2 utama rakyat Malaysia selepas kemalangan jalan raya. Biasalah bila orang pempuan yang membeli, walaupun penimbang berat badan, namun ciri-ciri kewanitaan itu tetap tidak pernah pupus dari ingatan diaorang. Bersaiz sederhana, bercorak ala2 sekolah tadika dan berwarna pink. Aku OK...tiada masalah dengan itu semua.


+++

Aku capai beras wangi AAA yang masih belum dibuka lagi lalu aku letakkan di atas penimbang. Serta merta bacaan penimbang tersebut menunjukkan ke angka 5. "Fuhh...memang tepat bacaan penimbang nie" getus hati kecilku. Aku capai beberapa barang lagi secara random untuk test ketepatan bacaan penimbang tue. Bukan ape, biasalah orang perempuan nie, kalau membeli pakai nafsu bukan pakai otak. Tak macam orang laki, kalau membeli pakai duit. Kah kah kah

+++

Macam-macam barang aku try tuk timbang...setakat nie nampak bacaan penimbang nie tepat. Maka tak jadilah aku nak membebel kat Pn Isteri. Aku yang tengah penat balik kerja nie, terus capai tuala nak ke bilik mandi. Dalam on the way nak ke bilik mandi tue, dengan tak semena-mena aku terus naik atas penimbang tue. Sekali aku jeling bacaan penimbang tue, "94kg?" terpacul dari mulut aku nombor tue. Dengan pantas aku angkat penimbang tue, terus aku letak dalam kotak, campak kat stor dan terus pergi mandi.

+++ 

Lepas mandi aku dengar Pn Isteri bising2...aku tanya kenapa bising2. Dia cakap penimbang yang baru beli tadi dah hilang, dengan bersahaja aku cakap. "Abang dah simpan dalam stor...penimbang tue rosak" dan seraya dengan itu aku pun berlalu terus ke bilik meninggalkan Pn Isteri terpinga-pinga.

No comments:

Post a Comment