![]() |
| Bukan untuk dijual : Koleksi permainan anak saya. |
Kalau dikumpulkan permainan kereta anak saya, rasanya nak penuh gak 1 tong drum. Boleh katakan setiap kali keluar ke shopping complex mesti dia akan dapat. Biasanya saya beli yang murah-murah jer sebab anak saya nie jenis yang kasar bila bermain. Pagi beli, petang dah barai. Pagi beli ada 4 buah kereta, petang nanti bila kira balik dah tinggal 3. Atas faktor tersebut maka saya selalu belikan dia mainan kereta tapi yang murah sahaja.
***
Al kisah, suatu hari saya bawa keluarga ke "Giant". Tengah jalan-jalan kat bahagian permainan, terpandang plak koleksi kenderaan berat. Seraya tangan gagah nie terus mencapai dah membelek-belek mainan tersebut. Terasa sangat untuk membelikan anak saya mainan tersebut. Tanpa banyak bicara, saya terus masuk dalam trolly dan menuju ke tempat untuk check harga barang. Nak dijadikan cerita, bar code scanner tue rosak la plak. Saya nekad, berapa pun harganya saya tetap akan belikan mainan tersebut untuk anak saya.
***
Rasa berdebar-debar tiba kaunter. Nak tau sangat berapa harga mainan kenderaan berat tersebut. "Tettt...RM40.00 sahaja". Dalam hati penuh penyesalan. "mahal gilerr". Kami sekeluarga berlalu dari tempat kejadian.
***
Tapi sekarang nie rasa sangat berbaloi. Permainan tersebut tak rosak-rosak lagi walaupun dah hampir sebulan usianya di rumah kami. Moral of the story, belilah barangan yang berkualiti. Di Chandekpuri sememangnya kami menyediakan hanya yang berkualiti.

No comments:
Post a Comment