Bawa anak-anak pergi tengok wayang...kalau ada cerita kartun mesti sebolehnya nak tengok. Masa dengan anak-anak kurang terutama dengan abahnya. Jadi apa yang boleh buat diaorang nie gembira, kita usahakan. Saya selalu lihat anak saya sebagai nakal dan kasar, tapi bila melihat anak orang lain, saya rasa bersyukur sangat. Anak-anak saya jauh lebih mendengar kata dari anak-anak orang lain. Seusia mereka di atas, hanger dan rotan kerap hinggap di badan mereka. Mereka di didik dengan tegas, ada kala nya rasa seperti melampau, tapi bila melihat anak sendiri dengan anak orang lain...mungkin hanger dan rotan yang membezakan antara mereka semua.
***
Anak saya tidak lah cerdik sangat, belajar pun tadika biasa jer. Tidak ke luar negeri, tidak berbahasa inggeris, apatah lagi nak ber 'slang' macam anak orang lain yang biasa dilihat di youtube atau fb. Pakaian pun biasa-biasa sahaja. Kehidupan mereka hanya di sekitar rumah kotak yang kami sewa. Berbekalkan tv crt mereka gembira dengan cerita upin ipin dan bola kampung. Sesekali mereka mengajuk-ajuk iklan di tv. Kereta kecil dan pedang plastik terlalu dekat dengan mereka. Itu jer yang kami mampu dan rasanya mereka cukup dengan itu sahaja.
***
Teringin rasanya nak bawa anak-anak bercuti. tapi...
penat lah pikir...sambung bila2 nanti laaa. sambung tido dulu

No comments:
Post a Comment